Bulan: Oktober 2023

Melayani Kristus Secekapnya

Pernahkah anda mendengar tentang Dewan Kemasyhuran Tukang Jahit (The Sewing Hall of Fame)? Ia ditubuhkan pada tahun 2001 dan mengiktiraf orang-orang yang telah memberikan “impak yang berkekalan terhadap industri jahitan rumah dengan sumbangan-sumbangan yang unik dan inovatif melalui pendidikan dan pembangunan produk jahitan.” Martha Pullen, merupakan salah seorang tokoh yang telah diabadikan dalam barisan tersebut pada tahun 2005. Martha digambarkan sebagai “seorang wanita yang disebutkan dalam Amsal 31... yang tidak pernah lupa untuk mengakui secara terbuka tentang dari mana asalnya kekuatan, ilham dan berkatnya.”

Sauh Harapan Kita

Saya memegang sebuah gambar yang menunjukkan beberapa orang yang sedang tidur di bawah kepingan kadbod di dalam sebuah lorong yang malap. “Apakah yang diperlukan mereka?” Saya bertanya kepada budak-budak darjah enam di Sekolah Minggu. “Makanan,” kata salah seorang budak. “Wang” seorang lagi menjawab. “Sebuah tempat yang selamat,” kata seorang budak lelaki selepas memikirkan soalan tersebut untuk seketika. Kemudian, seorang budak perempuan bersuara: “Harapan.”

Siapakah Aku?

Kizombo duduk sambil melihat unggun api, dan merenungkan persoalan besar dalam kehidupannya. Apakah pencapaian aku? dia tertanya-tanya. Dengan cepat dia mendapat jawapannya: Sebenarnya tidak banyak. Kizombo telah pulang ke tempat kelahirannya dan berkhidmat di sebuah sekolah yang didirikan oleh bapanya yang terletak jauh di dalam hutan. Dia juga sedang cuba menulis kisah hebat bapanya yang menempuhi dua perang saudara. Siapakah aku untuk melakukan segala ini?

Cara Tuhan yang Tidak Dijangka

Pastor Jonathan Edward mengalami kesulitan untuk membaca tulisan pada kertas yang berisikan khutbahnya sehingga dia mendekatkan kertas-kertas tersebut ke mukanya. Dia betul-betul rabun dan harus membaca setiap frasa khutbahnya dengan teliti dalam nada suara yang tidak memberangsangkan. Tetapi Roh Tuhan telah bekerja melalui pastor ini pada abad ke-18 untuk menghidupkan api Kebangunan Rohani yang Pertama dan membawa beribu-ribu jiwa percaya kepada Kristus.